kebahagiaan itu ada.. tetapi siapakah yang mendapatkannya dengan begitu mudah ^^ "sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengada baginya jalan keluar"
Friday, August 26, 2011
Tak Puasa Lagi Tahun Nie!
jangan menyerah
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi
syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa...
Monday, August 22, 2011
Ramadhan.. usah kau pergi lagi..
Ramadhan,
Sungguh aku dahulu jahil tentangmu
Sungguh aku tidak mengenalimu
Aku biarkan engkau berlalu
Hadirmu tidak aku tunggu
Aku tahu engkau datang
Aku tahu ya, aku perlu berpuasa
Aku debar dan gembira
Tika takbir raya
Masa, tenaga, wang ringgitku
Ku habis di penghujung waktumu
Ku tidak pedulikan engkau yang akan berlalu
Sungguh aku berdosa
Aku biarkan engkau tinggalkan aku
Tanpa apa-apa rasa
Kini di sini
Ku mengerti erti Ramadhan yang hakiki
Ku insafi diri, menyesal tiada terperi
Ku sedar kau hadir untuk ku berpeluang
Kifarahkan diri
Dosa2ku pada Ilahi
Dosa2 hati
Dosa bibir, tangan dan kaki
Kau ajar aku kuatkan daya kawalan diri
Kau ajar aku tundukkan hati
Kau ajar aku memerangi hati yang membuta tuli
Kau ajar aku mendidik nurani
Korbankan waktu lenaku di malam hari
Mengabdikan diri pada Ilahi di saat sunyi dan sepi
Menginsafi dan menyesali
Kekhilafan diri
Entah apa nasibku di akhirat nanti
Mampukah aku selamatkan diri
Dari seksaan neraka dan azab kubur tidak terperi
Sungguh..
Ramadhan, kaulah penguat jiwa dan hati...
Bukan santapan berbuka itu harus jadi persoalan
Bukan juga aku harus biarkan perayaan itu
Berlegar-legar di fikiran
Di penghujung Ramadhan
Apa gunanya Ramadhan,
Andai aku ikutkan hawa nafsu makan ?
Apa gunanya Ramadhan,
Andai aku tidak mengawal hati dan perasaan ?
Apa gunanya Ramadhan,
Andai aku lebih terlena dan tidak berqiam ?
Bukankah aku ini hamba yang berdosa ?
Bukankah aku ini hamba yang kerdil dan hina ?
Angkuhnya aku untuk tidak bertaubat tanpa henti ?
Bahkan Nabi bertaubat saban malam tanpa henti..
Astaghfirulllah..halazim...
Istifar panjanglah wahai diri
Hingga bisa berjujuran air matamu di pipi
Menangislah kerana Ilahi
Ramadhan yang datang akan pergi lagi..
Kali ini, ku pinta,
Janganlah kau pergi
Janganlah kau biarkan aku lagi
Datanglah padaku, aku tetap menanti
Sehingga tiba ajalku suatu hari nanti
Temukanlah aku Ya ALLAH,
Malam istimewa di bulan Ramadhan
Malam seribu bulan
Malam untuk ku mohon keampunan
Agar bisa ku sucikan hati dan nurani
Agar bisa ku mengejar
RedhaMu YA ALLAH YA RABBI
Ramadhan, usahlah kau pergi lagi......
by Syamhanin Adnan
the last 10 days..
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt...
Hmm, just nak share sedikit sebanyak intipati Ustadz Jo nye talk pagi tadi berkenaan The Last 10 Days of Ramadhan... Macam rugi sangat2 kalau xshare dgn semua, yg hadir maybe boleh igt semula, yg xdpt hadir maybe kita boleh sama2 amalkan, insyaAllah...
Tadi Ustadz Jo ceritakan pada kita bagaimana Rasulullah s.a.w. menghabiskan his last 10 days of Ramadhan...
- Mandi di antara Maghrib & Isya' --> benda ni ustadz ckp maybe ada kena mengena dgn kesihatan (kita x tahu d 'real' sebab or hikmah ngape Nabi mandi antara Maghrib n Isya' ni, tapi Nabi buat, so sbg umat Nabi bagus sgt2lah kalau kita ikut Nabi, kan2?)
- Meninggalkan bersama dgn isteri (lbey kurang xbersama dgn isteri la mksdnya) --> sbb masa da xckup ni, tggai 10 hari jer lagi Ramadhan ni, so maybe tangguh jap ^^,
- Berbuka makan sikit shj --> byk kesan negatif bila kita mkn lbey time iftar; nak makan tu ambil masa yg lama (curik masa kita), boleh lead tu sket prut and kena 'visit' ___ (Ustadz Jo, 2011) byk2 kali, dah batai wuduk, solat x khusyuk sgla mcm.
- Bykkan bersedekah. (Dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : “Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah, dan lebih pemurah lagi dalam bulan Ramadhan… Sungguh Rasulullah saw sangat lebih pemurah dibandingkan angin yang bertiup.”) --> tapi kena igt NIAT kena IKHLAS! Allah x tgok kuantiti tapi insyaAllah kalau niat ikhlas, Allah bagi ganjaran org yg bersedekah. 3 benda ni kena igt - a) beri seberapa mampu, b) ikhlaskan hati, c) kerapkan memberi.
- Iktikaf. (Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Rasulullah saw beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan; Riwayat al-Bukhari & Muslim). Iktikaf berasal dr perkataan 'akafa' (mintak maap kalo salah) yg maksudnya berada di sesuatu tmpt. At least, sekali seumur hidup kita merasa wat iktikaf ni, cam best je ^^,
- Solat berjemaah. "Benda biasa tp da terbiasa xbuat", (Ustadz Jo, 2011). Bygkan, kalau kita solat jemaah dpt 27x ganda kan pahala, dalam bulan Ramadhan ni Allah bg 700x ganda kan setiap pahala tu = pendek kata, BANYAK la pahala yg dpt tu, insyaAllah, xpayah la kita nak jugak kira berapa amount pahala yg dpt tu, yg penting, kita USAHA, insyaAllah ^^,
- Banyakkan solat sunat. Dhuha, Rawatib (tiap2 kali solat try amalkan fully) , etc... even yg jarang2 kita buat or even jarang2 dgar (hee, tadi mcm2 Ustadz tya pnah wat x solat sunat hat ni, hat tu, yg xpnh dgr pon ada T_T) kita bedal buat for d last 10 days of Ramadhan ni. Tadi Ustadz ada gak share kisah Bilal b Rabbah; Nabi dgr tapak kaki di syurga, Nabi tya Jibril derapan kaki sapa tu and Jibril jawab itu adalah derapan kaki Bilal. So, Nabi pon tya semua amalan yg Bilal buat and Bilal ckp antaranya dia xpernah tinggalkan solat sunat wudhu'. --> Tapi kena la igt, kalau kita xtahu nak wat solat2 sunat ni, kena wat apa? Kenalah carik org yg lebih mengetahui, ye dok? ^^, Hati2 ngan 'ustadz Google' noh, hee!
- Khatam Quran. Ustadz gne formula '1 juzuk stgh' utk sehari (sapa yg amalkan formula ni, ptut da abeh la time 20 Ramadhan, hee!). Hmm, sapa2 yg xabis or agak2 mcm byk je lagi xhabis, kena la PULUN lebyh siket in this last 10 days ni. 3 juzuk sehari ke, gulp! Nampak mcm 'extreme' tapi mmg kena GO to d EXTREME waktu2 camni. Sebabnya, xbleyhla kita didik diri kita ni dgn didikan spt hari2 biasa, kena amek kesempatan time setan dok kena belenggu ni utk kita 'jinakkan nafsu' kita yg degil tu! Hat tu yg Allah bg byk gila motivation time Ramadhan ni (pahala 700x ganda, laillatul Qadar lagi, keampunan, rahmat, mcm2 lagi), xkesahla kita nak tgok aspek intrinsic motivation or extrinsic motivation, hee!
- Buat segala amal kebaikan lain yg termampu. Cth - sapu koridor (Ustadz Jo, 2011), tlg org sgla mcm... Tinggalkan segala bentuk mcm kata2 yg x bwk paedah or sia2, menipu, lucah, lawak2 kosong > baik DIAM n bce Quran, hee! Ustadz ckp, bukan saya, hee!
- Lailatul Qadar. Allah gne perkataan ' khairu' yg maknanya LEBIH BAIK. So, lebih baik dr 1000 bulan, bukannya sama dengan 1000 bulan (brpa exactnya, wallahualam tapi pendek ceghiter more than 1000 bulan). Ce kite amek cth solat sunat rawatib; kalau kita dpt pahala LQ ni, solat sunat rawatib kita 'berharga' 82 tahun 10 bulan, fuyyooohh! So jom kita sama2 carik LQ ni dlm 10 mlm yg terakhir ni, tggai bapa hari jer lagi nieh. Ustadz ckp, kita pulun ja bedal 10-10 hari tu, bukannya dlm mlm2 yg ganjil tu shj (21, 23, 25, 27, 29, stgh ulamak msukkan 17 & 19 Ramadhan) supaya kita x terlepas peluang LQ ni akibat asyik dok fikir tanda2 LQ segala benda. Buat ja, xrugi pon, ye dok? HAH! utk perempuan2 yg xmampu dlm last 10 days ni lagu mana plak? T_T Xper2, bykkan zikrullah & Ustadz ckp boleh je kita baca Quran yg tlh kita lafaz mana2 bhgn tnpa sentuh musyhaf. InsyaAllah, Allah tgok usaha, jgn putus asa eh!
Lastly, nak quote Ustadz Jo cerita psal analogi yg Ustadz Hasrizal bg utk situasi 'syaitan dirantai di bulan Ramadhan'. Mmg setan2 semua nih kena rantai tp ce kita bygkan anjing yg kena rantai, kita sua tangan kita kat dia. Mau kena 'NGAP' ye dak? Mcm tu jugak kita, kalau pon setan2 ini dirantai but kalau kita pergi sua tgn or mendekati dia (jalan kejahatan & dosa), nafsu kita pon akan besar kemungkinan akan di NGAP yakni kita ikut nafsu kita yg selalu mendorong ke arah kejahatan. Dah tu, dok la joh2 ngan 'anjing' supaya xkena 'NGAP'. Walaupon mcm syok je kita nak jolok2 tgn kat 'anjing' tu (nafsu sering memanggil2 kita wat dosa yg dulu2 tu), curious la katakan, kena IGT! Nanti kalu kena 'NGAP', xpasai2 kena p sepital, abes duit segala bagai, kena tahan sakit lagi... Time ni bleyh la, ada 'MediBank' (time Ramadhan), kalu xder 'MediBank' naya nak kena bayaq gne wet sendiri... (medibank nye analogi sengaja ditambah, Ustadz Hasrizal n Ustadz Jo xckp pon psal ni erh, hee!)
>>> Actually, segala points2 di atas ada hadith nye, tp xsempat nak salin td, so gi wat homework, ahakz~
Mohon maaf salah silap points or kata2, moga kita semua beroleh keberkatan, rahmat, keampunan dariNya n moga kita semua terselamat dr api neraka n dikurniakan SurgaNya, insyaAllah... JOM KEJAQ this last 10 days of Ramadhan!!! Mana tahu kita x sempat rasa Ramadhan tahun depan.....
Wallahualam~~
forward from nazatul seha~
Tuesday, May 10, 2011
rahmat atau musibah? *woth to read*
worth to read~
Rahmat atau Musibah?
Kisah ini adalah sebuah sejarah kecil pada era Abbasiyah akhir, di mana negeri-negeri Islam tersekat oleh pelbagai kesultanan yang berkuasa sendiri-sendiri. Ini adalah kisah tentang seorang ayah dan anak. Sang ayah adalah seorang bekas hamba (budak). Sepanjang menjadi hamba, cuti pada petang Jumaat sebagaimana yang ditetapkan oleh kesultanan, dimanfaatkan sepenuhnya dengan berhabis-habisan bekerja. Dengan dirham demi dirham yang terkumpul, pada suatu hari dia meminta izin untuk menebus dirinya pada sang majikan.
“Tuan,”ujarnya. “Apakah dengan membayar harga senilai dengan harga engkau membeliku dulu, aku kan bebas?”
“Hmm…Ya. Boleh.”
“Baik, ini dia,”katanya sambil meletakkan bungkusan wang itu di hadapan tuannya. “Allah telah membeliku dari tuan. Dia membebaskanku. Alhamdulillah.”
“Maka engkau bebas kerana Allah,”ujar sang tuan tertakjub. Sang tuan bangun dari duduknya dan memeluk sang budak. Dia hanya mengambil separuh harga yang tadi disebutkan. Separuh lagi diserahkannya kembali. “Gunakanlah ini,”katanya berpesan, “Untuk memulai kehidupan barumu sebagai orang yang merdeka. Aku berbahagia menjadi sebagian tangan Allah yang membebaskanmu!”
Dengan penuh rasa syukur dan terharu, dan juga sedikit khuatir, dia berkata. “Aku tidak tahu wahai tuanku yang baik,” ucapnya dengan mata berkaca-kaca, “Apakah kebebasan ini rahmat atau musibah. Aku hanya berbaik sangka kepada Allah.”
*******
Tahun demi tahun berlalu. Sang hamba telah menikah. Tetapi isterinya meninggal dunia ketika menyelesaikan tugas sebagai ibu, menyempurnakan susuan sang putera hingga usia dua tahun. Maka dia membesarkan puteranya dengan penuh kasih sayang. Dididiknya anak lelaki itu, untuk memahami agama dan menjalankan sunnah Nabi, juga untuk bersikap berani dan berjiwa merdeka.
“Anakku,” katanya di suatu pagi, “Ayahmu ini dulu seorang hamba. Ayahmu ini separuh manusia di mata agama dan sesama manusia. Tapi selalu ku jaga kehormatan dan kesucianku, maka Allah memuliakanku dengan membebaskanku. Dan jadilah kita orang merdeka. Ketahuilah anakku, orang bebas yang paling merdeka adalah orang yang mampu memilih caranya untuk mati dan menghadap Ilahi.”
“Ketahuilah,” lanjutnya, “Seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tak pernah mati. Saat terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizin baginya memberi syafaat bagi keluarganya. Mari kita merebut kehormatan itu, nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya!”
Sang anak mengangguk-angguk.
Sang ayah mengeluarkan sebuah kantung berisi emas. Dinar-dinar di dalamnya bergemerincing. “Mari mempersiapkan diri,” bisiknya. “Mari kita beli yang terbaik dengan harta ini untuk dipersembahkan dalam jihad di jalan-Nya. Mari kita belanjakan wang ini untuk menghantar kita pada syahid dengan sebaik-baik tunggangan.”
Pada hari siang, mereka pulang dari pasar dengan menuntun seekor kuda perang berwarna hitam. Kuda itu gagah. Surainya mekar menjumbai. Tampangnya mengagumkan. Matanya berkilat. Giginya rapi dan tajam. Kakinya tegap. Ringkiknya pasti membuat kuda musuh tak diam.
Semua tetangga datang mengagumi kuda itu. Mereka menyentuhnya, mengelus surainya. “Kuda yang hebat!”kata mereka. “Kami belum pernah melihat kuda seindah ini. Luar biasa! Mantap sekali! Berapa yang kalian habiskan untuk membeli kuda ini?”
Anak beranak itu tersenyum simpul. Yah, itu simpan yang dikumpulkan seumur hidup.
Pada tetangga ternganga mendengar jumlahnya. “Wah!,” seru mereka, “Kalian masih waras atau sudah gila? Wang sebanyak itu dihabiskan untuk membeli kuda? Padahal rumah kalian senget nyaris roboh. Untuk makan esok pun belum tentu ada!” Kekaguman di awal tadi berubah menjadi cemuhan. “Pandir!” kata salah satu. “Tak tahu diri!”ujar yang lain.
“Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah,”ujar mereka.
Para tetangga pulang. Sang ayah dan anak itu pun menjaga kuda mereka dengan penuh kasih sayang. Makanan si kuda dijamin yang terbaik; rumput segar, jerami kering, biji-bijian, dedak, air segar, malah bahkan ditambah madu. Si kuda dilatih keras, tapi tak dibiarkan lelah tanpa mendapat hadiah. Kini mereka tak hanya berdua, tetapi bertiga. Bersama-sama menanti panggilan Allah ke medan jihad untuk menjemput takdir terindah.
Sepekan berlalu. Pada hening pagi, ketika sang ayah mejemguk ke kandang, dia tak melihat apa pun. Kosong. Palang pintunya patah. Beberapa jeruji kayu terpatah teruk.
Kuda itu hilang!
Berduyun-duyun para tetangga datang untuk mengucapkan belas kasihan. Mereka bersimpati pada cita-cita tinggi kedua anak beranak itu. Tetapi mereka juga menganggap keduanya tersilap dan malang. “Ah, sayang sekali!” kata mereka, “Padahal itu kuda terindah yang pernah kami lihat. Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir seketika untuk memuaskan cita-cita kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita-cita kalian!”
Sang ayah tersenyum sambil mengusap kepala anaknya. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah,”ujar mereka serentak.
Mereka pasrah. Mereka mencuba untuk menghitung-hitung wang dan mengira-ngira, jika mampu membeli kuda lagi. Sang ayah menatap mata puteranya, “Nak, dengan adanya kuda ataupun tidak, andai panggilan jihad Allah datang, kita harus menyambutnya.”Si anak mengangguk-angguk. Mereka kembali bekerja dengan tekun seakan-akan tidak terjadi apa-apapun.
Tiga hari kemudian, menjelang subuh, kandang kuda mereka riuh. Suara ringkikan bersahut-sahutan. Terkejut dan terjaga, ayah dan anak itu berlari-lari ke kandang. Di kandang itu, mereka melihat seekor kuda hitam yang gagah dan indah. Tak salah lagi, itulah kuda mereka yang pergi tanpa khabar tiga hari yang lalu!
Akan tetapi, kuda itu bukan bersendirian. Ada belasan kuda lain bersamanya. Kuda-kuda liar! Itu pasti kawan-kawannya. Mereka datang dari kawasan luas untuk bergabung di kandang kuda hitam itu. Mungkinkah kuda punya akal? Mungkinkah si kuda hitam yang merasakan layanan terbaik di kandang bekas seorang hamba mengajak kawan-kawannya bergabung? Atau tahukah mereka bahawa kehadiran ke kandangitu bererti bersiap-siaga bertaruh nyawa untuk kemuliaan agama Allah, kelak jika panggilan jihad memanggil? Atau memang itu kah yang mereka inginkan?
“Bertasbih kepada Allah segala yang di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (Surah as-Saff 61:1)
Ketika hari semakin terang, para tetangga datang dengan rasa takjub. “Luar biasa!”kata mereka. “Kuda itu pergi memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa kawan-kawannya menggabungkan diri!” Mereka mengucapkan selamat kepada pemiliknya. “Wah, kalian sekarang kaya raya! Orang terkaya di kampung ini!” Tapi si pemilik kembali hanya tersenyum. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”
Hari keesokkannya, sang anak mencuba menaiki salah seekor kuda liar itu. Dia gembira memacu kuda ke segala penjuru. Seketika, kuda liar itu terkejut kerana bertembung dengan seekor lembu yang terlepas dari kandang di persimpangan jalan. Kuda itu meronta kuat, dan sang anak terpelanting. Kaki sang anak patah, dan dia merintih kesakitan.
Para tetangga datang menjenguk. Mereka menatap sang anak itu dengan pandangan penuh hiba. “Kami turut prihatin,”kata mereka. “Ternyata kuda itu tidak membawa tuah. Mereka datang membawa musibah. Alangkah lebih baiknya jika tidak memiliki kuda, jika anak sihat sentiasa!”
Sang ayah tersenyum lagi. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”
Hari berikutnya, hulubalang raja mengelilingi negeri. Raja mengumumkan pengerahan psukan untuk menghadapi tentera musuh yang menyerang perbatasan. Semua pemuda yang sihat tubuh badan jasmani dan rohani, wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. Sayang sekali, perang ini sukar dikatakan sebagai jihad di jalan Allah kerana musuh yang akan dihadapi adalah sesama Muslim. Mereka hanya berbeza kesultanan.
“Nak,” bisik sang ayah ke telinga anaknya yang sedang berbaring lemah, “Semoga Allah menjaga kita dari menumpahkan darah sesama Muslim. Allah Maha Tahu, kita ingin berjihad di jalan-Nya. Kita sama sekali tidak mahu beradu senjata dengan orang-orang beriman. Semoga Allah membebaskan diri kita dari beban itu!” Mereka berpelukan.
Para hulubalang datang mengunjungi setiap rumah dan membawa para pemuda yang memenuhi syarat. Ketika memasuki rumah sang ayah dan anak yang memiliki kuda, mereka mendapati sang anak terbaring di tempat tidur dengan kaki berbalut, dibalut dengan kayu dan kain.
“Mengapa dengan pemuda ini?’
“Tuan hulubalang,”ujar sang ayah, “Anak saya ini begitu mahu membela negeri dan dia telah berlatih untuk itu. Tetapi beberapa hari yang lepas, dia terjatuh dari kuda ketika sedang cuba menjinakkan kuda liar kami. Kakinya patah.”
“Ah, sayang sekali!” kata sang hulubalang. “Aku lihat dia begitu gagah. Dia pasti akan menjadi seorang perajurit yang hebat. Tapi baiklah. Dia tidak memenuhi syarat. Maafkan aku, aku tidak boleh membenarkannya turut serta!”
Dan pada hari itu, para tetangga yang ditinggal pergi oleh putera-putera mereka yang terpilih menjadi perajurit, datang menemui pemilik kuda. “Ah, nasib!”kata mereka. “Kami kehilangan anak-anak lelaki kami, tumpuan harapan keluarga. Kami terpaksa melepaskan mereka tanpa tahu apakah mereka akan kembali taua tidak. Sementara anakmu masih di rumah kerena kakinya patah. Beruntunglah kalian! Allah menyayangi kalian!”
Tuan rumah ikut hiba melihat kesediahan di wajah-wajah itu. Kali ini sang ayah dan anak itu tidak tersenyum. Tapi ucapan mereka kembali bergema, “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”
Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu dan tangisan para isteri. Sementara para lelaki hanya termenung dan termangu. Beritanya sudah jelas. Semua pemuda yang berangkat ke perang tewas di medan tempur. Tapi agaknya para penduduk telah banyak belajar dari anak beranak pemilik kuda. Seluruh penduduk kota kini mengucapkan kalimah indah itu. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”
Disingkatkan cerita, tidak berapa lama kemudian panggilan jihad yang sebenar bergema. Pasukan Mongol pimpinan Hulagu Khan menyerbu wilayah Islamn dan membumi-hanguskannya sehingga rata dengan tanah. Orang-orang Mongol maju menyerang seperti banjir bah, menghancurkan peradaban. Sang ayah dan anak itu memenuhi janji mereka. Mereka bergegas menyambut panggilan jihad dangan kalimah indah mereka, “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”
Kedua-duanya menemui syahid. Namun sebelum itu, ada nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka untuk dirasai di dunia. Sang anak telah ditangkap oleh pasukan Mongol dan dijual sebagai hamba. Dia berpindah-pindah tangan pemilik sehingga jatuh ke tangan Al-Kamil, seorang Sultan Ayubbiyah di Cairo. Ketika pemerintahan Mamluk menggantikan wangsa Ayyubiyah di mesir, kariernya melonjak cepat dari seorang komando kecil kepada panglima pasukan dan kemudian, Amir wilayah. Setelah wafatnya, Az-Zahir Ruknuddin Baibars, sang anak diangkat menjadi Sultan. Namanya,Al-Manshur Saifuddin Qalawun.
Inilah sekelumit kisah tentangnya. Qalawun yang berani, berprasangka baik dalam segala hal. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.” Seperti kisahnya, dalam ukhuwah, ada berjuta-juta kebaikan mengiringi prasangka baik kita kepada Allah. Allah sentiasa bersama kita dan melimpahkan kebaikan, kerana kita mengingati-Nya juga dengan sangkaan kebaikan.
Sedutan bahagian dari buku
“Dalam Dekapan Ukhuwah” tulisan Salim A. Fillah
sumber:
http://dakwah.info/bekal-dakwah/rahmat-atau-musibah/
mengajar diri sentiasa bersangka baek dengan Allah..
sungguh segala yang terjadi bukan satu kebetulan...
Allah ingin menguji
Allah ingin mentarbiah
Allah sayang dan Allah ingat akan hambaNya..
maka diberikan cobaan dan ujian.
adakah ia rahmat atau musibah?
bersangka baeklah dengan Allah..
wallahualam..