“zetty.. ‘kawan’ aku d **** ‘buat’ cerita pasai hang. Tapi aku da perbetoikan dah”
Hurm..nampaknya ada budak A menabur fitnah pada saya. Kununnya saya ‘meninggalkan’ budak B kerana saya mahukan sumone yang ‘sepadan’ dengan saya. Al maklumlah saya kan budak overC, mungkin demand another overC student jugak. Xnak students dalam negara nie. Menurut budak A lah.
Salah.. salah..
Jujurnya..saya tidak begitu ‘masok’ dengan budak B dan telah saya jelaskan perkara yang sebenarnya kepada dia dan dia pown faham.
Bagi saya, kalau saya kurang selesa, mengapa harus berpura-pura. Hidup dalam kepura-puraan. Berbaloikah? Sebilah pihak sahaja yang bahagia.. Adilkah? Baik, berterus terang sahaja awal2.
Tapi itu bukan masalah yang membawa saya menghasilkan entri ini.
Budak A skrg dah ‘berkawan’ dgn budak B which is gud. Sebb budak B dah dpt pengganti. Saya pown tidaklah rasa bersalah. Cumanya yang kurang best bila Budak A tidak lah begitu ‘bersungguh’ pun dengan Budak B. Setakat suam-suam kuku sahaja. *informed by a friend.
Haish... kenapa macam tu? Kalau hendak ‘berkawan’, bertunang, apetah lagi berkawin..mesti la bersungguh-sungguh, dan sepenuh hati kan? Mana ada istilah main2, suka2, atau sekadar nak isi masa lapang.
Namun, saya tidak terkejut.
Saya masih ingat kata2 shuk pada saya,
“kapel nie haram. Dosa. Allah tak suka. Jadi, macam mana Allah nak senang2 bagi rasa kasih dan setia pada dua2 belah pihak”
Menarik bukan? Saya sendiri maklum, tiada istilah boley berkapel dalam Islam. Yang ada hanya kita yang pejamkan mata, pekakkan telinga dan turutkan rasa cinta. Sepatutnya, bila dah buat sesuatu yang forbidden, kenalah tahu risikonya. Memang susah atau jarang nak mendapat yang setia dan kisah yang bahagia selamanya.
Jadi mengapa melatah bila kekasih curang dan main kayu tiga? Erk..
Kalau dilihat dari sudut yang positif, kalau ‘berkawan’ sekerat jalan, maybe Allah nk tunjukkan, dia bukan yang terbaik atau kita sendiri tidak layak untuknya. Mungkin juga kita tak kan bahagia dengan dia walaupun masing2 berusaha mempertahankan cinta. Dan hikmah yang paling besar..
Allah masih sayangkan kita dan tidak mahu kita berada di jalan yang tidak diredhaiNya. Jadi, diakan punca untuk kita berhenti melakukan dosa. Itulah pegangan saya sampai hari ini insyAllah..
*sigh*
Doa saya, bagi mereka yang benar2 setia antara satu sama lain. Semoga percintaan kalian kekal selamanya. Dan cepat cepatlah ya berkahwin =) *dan yang xsetia pula, biar terima balasan..hehe
Dan semoga Allah menjaga hati saya agar niat ini sentiasa hanya keranaNya. Saya tidak mahu terlibat lagi dengan kisah suka duka ‘buatan sendiri’ ini.
Untuk Budak A, saya maafkan kamu. No biggie. Saya tidak melatah atau marah. Just rasa lawak. Ada juga reason macam tu ya walaupun tidak mustahil~ *kamu tidak kenal saya, maka boley bercerita apa sahaja.
Untuk kawan yang membetolkan cerita Budak A, thank you soooo much! Friends indeed lah~!
P/s pertama kali membuka cerita lama. Harap tiada yang membuat tafsiran sendiri dan kreatif mereka cerita baru bagi pihak saya..
2 comments:
Aku nak share link terpanjang dalam dunia kat blog ko.Sedia dan bacalah. :)
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..
karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,biarkan ia tetap diam ...
jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...
sumber: http://goo.gl/lI4R6
wah sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
tapi best..
tq tq. =)
::kisah aku dah lama tamat::
Post a Comment