Alhamdulillah..
Setelah sekian lama entri baru tertangguh, akhirnya Allah gerakkan hati untuk menulis pagi ini. Dia sentuh hati saya dengan update dari Jepun yang saya baca di facebook seorang sahabat.
Tiba-tiba hati saya sebak.
Kenapa mereka begini?
Kenapa begitu tulus dan jujur?
Terasa seperti ingin menghamburkan air mata semahu mahunya. Kagum dan kecewa!
Kagum dengan meraka yang hebat menahan nafsu jahat, untuk mencuri dan menindas dan kecewa dengan sikap orang-orang Islam yang tidak mampu bertindak seperti mereka.
Kenapa?
Sedangkan kita beriman dengan Allah Yang Maha Melihat. Beriman dengan hari akhir. Beriman dengan syurga dan neraka!
Kita, umah Islam, tahu bahawa setiap amalan kita dilihat Allah
Di catit oleh Rakid atau Atid
Dan..
Di berikan balasan di akhirat kelak!
Jadi mengapa hidup seperti nyawa itu masih pasti milik kita untuk seribu tahun lagi?
Bersuka ria seolah-olah esok masih ada dan..
Bermaksiat seperti kita yakin sempat bertaubat!
Mereka, rakyat Jepun, menolong sesama sendiri. Menyediakan itu ini dengan percuma.
Kita?
Beras direbut. Orang dibiar mati. *Click sini*
New Zealand dengan earthquakes. Jepun dilanda tsunami. Bahrain bergolak dengan hebatnya.
Adakah mahu ditunggu sehingga Malaysia pula lenyap dari peta baru hendak membuka mata??
Bangunlah dari lenamu yang panjang.
Bumi ini sudah di akhir usia.
Esok atau lusa belum pasti ada.
Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.
Dan beramalah seolah-seolah kamu akan mati keesokkan harinya..
dengarlah dengan hati..
debu-debu dosa- hijjaz
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
..::wallahualam::..
2 comments:
marilah kite bangun dr lena,nice entry.:)
insyallah.. semoga bersama2 kita thabat.
Post a Comment