Monday, August 16, 2010

buat teman baek: marah itu api..



Allahumma yassir wala tu’assir..

Salam..

Semalam saya tdo agak lewat. Lepas bersahur dan solat baru mata ini terlelap. Itu pown tidak lama kerana kelas pertama pada hari ini bermula jam 8 pagi. Huhuhu..

Seperti biasa, malam-malam saya d temani insan-insan yg best untuk d ajak berbual. Dan semlm, saya sempat berceloteh panjang dengan seorang teman baik. Teman yg agak baru juga usia perkenalannya tapi oleh kerana style beliau yg easy going dan ‘open’, saya selesa dengannya. Slalunya, topic perbualan kami tidak pernah terhad kepada sesuatu topik. Hampir semua crita boley d kongsi bersama. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Tiada masalah!

Laennya, semalam, beliau meluahkan sesuatu. (lazimnya beliau mmg agak kerap bercerita tentang dr sendiri dan keluarga). Sesuatu yang belum pernah beliau ceritakan kepada saya. Sumtin new~! Hehe. “aku nie cepat marah, emo dan baran” jujur memberitahu konflik diri yang d alami.. “ko ad nasehat tok aku?” dan saya mcm erm... apa aku nk cakap??

Apa saya nk cakap atau nasehat tok org yg barannya sampai penah melakukan sumtin yg d luar kawalan, amuknya boley mencederakan org laen, dan radangnya hingga ingin d habisi riwayat si ‘pencari pasal’. Apa juga yang perlu saya cakap dengan org yg mudah ‘terkesot’ emosinya juz because of a very simple thing? Erm.. agak buntu d situ.. kerana saya agak tidak pendai menasihati org tanpa pernah masok dulu ke dalam ‘kasotnya’.

Tapi..ilham tu dari DIA..dan DIA ilhamkan saya ini..

Saya nasehati dy ntok banyakkan membaca. Bukan baca komik naruto atau sin chan, tapi bahaan bacaan yg membuatkan kita lebeyh mengenali ‘sakit’ kita itu..dan seterusnya mencari penawarnya. Buku-buku atau article yg di dalamnya ad guidance untuk kita. Yang isinya kalam2 dari DIA berserta rasional ayat itu.

Sungguh..bagi saya membaca merupakan salah satu alternatif untuk kita memberi peringatan kepada diri andai kita bukan terdiri dari insane yang senang ‘menerima’ dari mulot org laen. Jadi, ap salahnya, meluangkan masa, membaca buku2 yg bisa ‘mengetuk’ kepala kita sniri. Xkan hendak d marahi pula buku tersebut andai ap yg ditulis ‘kne sebijik’ atas muka. Mustahil bukan?

Lagipun pula, itu la makanan rohani yang melembutkan hati dan mendidik jiwa. Allah itu pencipta kita, maka semestinya DIA tahu ap yg terbaek untuk ciptaannya. Semuanya telah termaktub dalam Quran nul kareem. Maka, carilah pengubat hati kita d situ.

dan bila trasa marah hadir bacalah auzubillahi minas syaitan nirrajim..kerana sesungguhnya marah itu adalah daripada syaitan..maka, berlindunglah kepadaNya

Buat teman saya itu lagi..

Tidak salah mencari tau tentang hakikat kejadian diri kerana sesungguhnya manusia itu berbeza dan Allah ciptakan awak itu sangat unik. Semoga tabah dan bersungguh sungguh in overcoming your problem..

jadik kuat k! dont let anger control you but you are d one who control it!


for you and me, for us.. i found these:

Rasulullah SAW bersabda.
"Marah itu daripada syaitan.Syaitan itu daripada api.Api boleh dipadamkan dengan air.Maka apabila kamu marah, BERWUDUKLAH" [hadis riwayat Al Imam Ahmad]


Hakikatnya orang yang tengah marah, emosi dia letak di depan.
'sedar lah!kau lagi mudah diperkudakan syaitan!'
membelakangkan pemikiran. mengetepikan logikal akal. menutupi rasional.


Sabda Rasulullah SAW
"Apabila kamu marah,maka jauhilah orang yang kamu marahi,berubahlah
dari tempat kamu berdiri ketika marah,jika kamu marah dalam keadaan berdiri,
hendaklah kamu duduk,jika kamu marah dalam keadaan duduk,hendaklah
kamu berdiri"


Dan Allah mencintai orang yang sabar' [al-Imran:146]
'Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar' [al-Baqarah:153]


=)

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

La taghdab.
La taghdab.
La taghdab.

Aku kalau marah sangat,aku tidur.bangur mesti lega. :)

tp ikut sunnah nabi lagi berkat.kalo marah,pergi amek wudhu.tak reda juga gi mandi wajib.

z.e.t.t.y said...

owh ye kalau mandi wajib leyh redakan marah jugak?

aku, kalau mrah, aku g jalan2..xpown mkn.hehehe

thanx 4 d info fatin..

nadia mustafa said...

aku ade majalah solusi bicarakan tentang marah, suruhlah kawan kita membelinya, heeee~

good jub yunk!

linkwithin @>--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...