Wednesday, August 11, 2010

ramadhan sepi d brissie tp tidak d hati =)




Allahumma yassir wala tu’assir..

Salam ramadhan buat semua warga blog =)

Tepat jam 5 stgh tadi, dengan rasminya, Brisbane mengucapkan selamat datang kepada ramdhan bulan yang mulia. Lewat sehari dari insan-insan di Malaysia yang mana sudah sehari berpuasa.

Tapi..

Brisbane sunyi skali. Tiada masjid yg azan dilaungkan d corong2 pembesar suara. Tiada suara bilal mengajak mengerjakan taraweh. Tiada kelihatan orang berbondong-bodong ke teraweh bersama keluarga atau rakan. Tiada..sunyi..

Di sini tiada bazar untuk chicken cop, nasi kerabu, muratabak atau air tembikai tok d beli. Tiada jerik pekik laungan penjual untuk menghabiskan air teh bunga yang terakhir. Tiada sogo, jalan tar, tiada baju raya untuk d tinjau-tinjau dan di cuba. Di sini...sunyi..

Di Kelvin grove ini sunyi tanpa radio menghebahkan waktu berbuka. Tiada kedengaran riuh rendah org berceloteh perihal puasa pertama mereka d udara. Tiada pemanggil yang berkongsi menu juadah berbuka mereka.. Tiada kalam Allah yang d lagukan sebelum berakhirnya hari menahan lapar dan dahaga. Sini..sepi..

Dan..

kerana sunyi itulah kami berusaha menghidupkannnya lebih dari biasa. Tidak mahu puasa kami hambar sehambar suasana d Brisbane dan ingin dhidupkan ramadhan kali ini dalam hati-hati kami.

walaupun tanpa seri ramadhan d sekeliling, cukoplah andai jiwa ini sahaja bisa menghayati dan memanfaatkan madrasah ramdhan dan untuk menjadi lebeyh baek dari ramadhan yang lalu.

Impaknya, mungkin tidak terzahir pada pandangan mata namum datangnya ramadhan kali ini telah memberi getaran pada jiwa. Jiwa yang kalau dulunya berpuasa sekadar menahan nafsu, lapar dan dahaga. Kali ini biarlah kita puasa dengan sebenar-benar puasa dan mengimarahkan bulan yg mulia ini.


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

jom lawan nafsu!


11 ogos 2010. Teraweh pertama d rantauan. Rasanya semua yang tidak berhalangan bersemangat turun ke block C untuk bersama teraweh d situ. semoga d hujung ramadhan nnt bilangannya tidak berkurang ;)

ingatkan xkan sedeyh posa d overC..rupa-rupanya..........

6 comments:

fatalist said...

salam ramadhan.....dugaan di perantauan

z.e.t.t.y said...

cik fareha! selamat berpuasa juga!

Sidratul Muntaha said...

terkilannya tak dapat jumpa ko n yg lain2 kat majlis kahwin fathy.sampaikan dah balik brisbane ko...

selamat menunaikan ibadah puasa.semoga brisbane bercahaya dengan amalan2 yang korang sume hidupkan kat sana.

fastaqim kama umirt. :)

z.e.t.t.y said...

tu la.. aku tertunggu tunggu gak kowt follower blog aku sorg nie dtg gak time knuri tu. tp xd pown.. huhu sedeyh~

insyallah amalan2 ramadhan tu 'on' jugak kat cnie~ =)

Lady Dyla said...

kali ni aku berjaya berpuasa dan raya di Mas. haha..

xpe2... ang boleh blk bila2 je...
chill.. raya kt oversea pon best gak..

Salam ramadhan

z.e.t.t.y said...

owh my, knpakah aku bleyh balik bila2 sahaja? adakah kerana aku anak menteri atau toke balak? xdak duit weyhhhh

bes la kowt.. kalau ramai.. kalau ciput j cam xbes. xp gonna see how things going.

linkwithin @>--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...