Thursday, October 7, 2010

berhati hatilah terhadap kelalain..


jangan biarkan putus asa menguasai diri!
saat musibah datang menimpa
kerana KESULITAN ITU PASTI BERLAKU!

Berhati-hatilah terhadap kelalain, iaitu lupa dari kelalaian berzikir kepada Allah, meninggalkan solat, berpaling adri Al-Quran, serta meninggalkan pengajian dan majlis yang bermanfaat. semua itu kerana penyebab kelalaian dan kelengahan.

Hati akan menjadi keras dan terkunci sehingga termampu lagi mengenali yang ma'ruf, mengingkari yang mungkar, dan tidak memahami agama. Mereka yang seperti itu akan memiliki hati yang resah, sedih, sengsara, dan fikiran yang kusut. Itulah akibat dari kelengahan dan kelalaian dunia. Cuba anda bayangkan bagaimana akibatnya di akhirat nanti?

Oleh kerena itu jauhkan dirimu dari sebab-sebab kelalaian itu. Jagalah hubungan dengan Allah. Basahilah bibirmu dengan selalu berzikir kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir, bertahmid dan memohon ampun daripadaNya serta membaca selawat kepada Rasulullah 'alaihi wasssalam di setiap waktu, baik dalam keadaan berdiri, duduk, mahupun seddang berbaring. Dengan begitu, engkau akan menemukan kebahagiaan meliputi hatimu. Itulah manfaat dari memperbanyakkan zikir.


Allah Subhanahuwa Ta'ala berfirman:
....ketahuilah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Ar-Ra'ad: 28

Auburn Gallipoli mosque, sydney, australia


sumber:
Dr. "Aidh Bin Abdullah Al-Qarani


p/s: kerana diri terasa sgt lalai maka diilhamkanNya kepada ku akan entri ini. T__T
n mengapakah kelihatan seperti berjauh hati??





1 comment:

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum.

Thanks nasihat dan doa ko.aku dah start bizzy nak exam.:)

Liqa' Al Mulk...
aku pun rindu saat itu.
skang baca almulk sorang2 je...

linkwithin @>--

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...