Baru sahaja reda updates tentang bajir buruk di Queensland, riot dan protest di Mesir pula menyusul di kaca tv dan newspapers. Malah, updates nya lebeyh hebat dari bah di negara kangaroo dan saya rasa rata2 rakyat Malaysia follow the issue including me.
Mana tidaknya. Kawan saya ramai di sana. Rakan-rakan sekolej yang membuat perkampungan di sana. Dan melihat suasana Mesir yang semakin hari semakin menakutkan membuatkan saya juga tidak senang duduk. Mujur fathy, rakan saya dari kisas yang juga pelajar d sana, rajin mengupdate condition mereka2 d sana. Fathy pown mesti susah hati memikirkan keadaan cairo since dia sekrg pulang bercuti di Malaysia.
Riot, internet connection disconnected, and latest penjara di bakar dan banduan memboloskan diri, antara situasi ‘hebat’ di Mesir. Cukop membuat sesiapa yang mendengar berasa gerun. Apetah para pelajar yang berada di sana . tak dapat membayangkan perasaan mereka. Huhu..
Compared to Brisbane flood, saya dulu, risaukan kawan-kawan saya di sana juga. (Mereka-mereka yang tabah, yang tidak pulang ke Malaysia kerana tidak homesick seperti saya). Tapi saya tahu, mereka tak nakal, tak akan pergi maen banjir dan akan duduk diam2 sahaja di campus living village (CLV) yang mustahil pada adat akan dilanda banjir. (kerana kedudukan CLV dan uni yang tinggi, di atas bukit) dan Alhamdulillah. Mereka semua survive dan saya juga lega~
Berbalik kepada mesir, situasi di sana semakin meruncing. Saat saya menulis entri nie pown updates d fb muncul dengan laju and setiap kali memklik link2 yg ada, terasa bersyukur saya berada di Malaysia kerana mengikut perancangan awal, saya mahu melawat Mesir pada hujung januari 2011, iaitu sekarang tapi plan Allah lebeyh menarik, ad hikamah saya tidak ke sana dan mungkin inilah hikmahnya.
Kamu2 di Egypt, saya mendoakan yang terbaik buat kalian. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam lindungannya.
Link2 tentang Egypt latest situation:
No comments:
Post a Comment